TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT RAYA
1. MENGENAI PERADUAN
Peraduan Semangat Raya (“Peraduan”) dianjurkan oleh Power Root Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001000622 (503227-K) Pihak Penganjur/Kami”). Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat (termasuk sebarang pertukaran yang dibuat oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa). Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta akan dianggap bahawa telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Peraduan ini.
Sila jangan teruskan penyertaan Peraduan jika anda tidak menerima terma dan syarat yang tertera di sini.
2. KELAYAKAN
2.1 Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas pada 11 Mac 2024. Pihak Penganjur berhak untuk meminta bukti pengesahan pengenalan para peserta.
2.2 Golongan individu yang berikut adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
(a) kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat-syarikat dalam kumpulan dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/ isteri); dan
(b) wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau pembekal servis promosi Pihak Penganjur (termasuk syarikat-syarikat dalam kumpulan dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/ isteri).
3. TEMPOH PERADUAN
3.1 Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 11 Mac 2024 hingga 5 Mei 2024 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Pihak Penganjur di nombor whatsapp 016 2180 265 sebelum atau pada pukul 11.59 malam, 5 Mei 2024.
3.2 Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan secara automatik.
3.3 Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Peraduan ini, sila rujuk kepada cara-cara penyertaan di laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali (https://www.facebook.com/alicafe.tongkat.ali.my) dan “microsite” (http://alicafe.com.my/raya2024) apabila mengimbas QR code di bahan bahan promosi kami.
4. LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN
4.1 Beli mana – mana produk Alicafe, Extra Power Root & Per’l (pek atau tin), dengan jumlah minimum RM 10.00 dalam satu resit layak mendapat satu penyertaan. Jikalau pembelian melebihi RM 30.00, layak mendapat tiga (3) penyertaan. Jikalau pembelian melebihi RM 60.00, layak mendapat enam (6) penyertaan. Jikalau pembelian melebihi RM 90.00, layak mendapat sembilan (9) penyertaan dan seterusnya.
4.2 Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah diisi secara individu dan lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, dan mesti dilampirkan dengan bukti pembelian asal (seperti yang dinyatakan di laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali dan “microsite”) yang dikehendaki. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak tepat, penyertaan dengan bukti pembelian yang salah dan/atau rosak adalah tidak layak dan akan dibatalkan secara automatik.
4.3 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah mematuhi syarat dan terma penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta hanya layak mendapat SATU hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan
4.4 Setiap penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh Pihak Penganjur akan diberikan satu siri nombor untuk rujukan Pihak Penganjur.
5. HADIAH DAN SYARAT PEMENANG
5.1 Hadiah Utama: Sebuah Kereta KIA Carnival MPV dengan 11 tempat duduk untuk satu pemenang sahaja.
5.2 Hadiah Bulanan : Dua buah Motosikal Yamaha Y16 pada bulan pertama (bagi 4 minggu pertama Tempoh Peraduan) dan 3 buah motosikal Yamaha Y16 pada bulan kedua (bagi 4 minggu seterusnya dalam Tempoh Peraduan).
5.3 Hadiah Mingguan, Wang Tunai bernilai RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja) untuk 11 pemenang setiap minggu bagi 8 minggu dalam Tempoh Peraduan.
5.4 Hanya nama penyerta sebagaimana yang dinyatakan dalam penyertaan mesej WhatsApp yang diterima dan disahkan oleh Pihak Penganjur akan layak untuk menerima hadiah jikalau dipilih sebagai pemenang.
Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi oleh Pihak Penganjur selepas 3 (tiga) kali percubaan, maka 1 cabutan penyertaan yang baru akan dibuat untuk menentukan pemenang baru yang berikutnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab jikalau pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atau tindak balas dalam tempoh yang ditetapkan atas apa jua sebab atau alasan.
5.5 SENARAI PENDEK PERSERTA YANG LAYAK :
Hanya penyertaan yang layak akan diberi satu nombor bersiri untuk pengiraan peserta yang layak untuk mendapat Hadiah Utama, Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan. Setiap penyertaan yang layak akan disiri dalam jadual Penyertaan Berkelayakan sepanjang Tempoh Peraduan setiap minggu bermula dari nombor siri “A0001”.
Senarai Pendek Peserta yang layak untuk mendapat Hadiah Utama – Kereta KIA Carnival MPV dengan 11 tempat duduk x satu pemenang
Jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 2 untuk mendapat nombor siri pemenang. Jika nombor siri yang didapati adalah nombor perpuluhan, maka nombor tersebut akan dibulatkan.
Contoh: Dengan andaian 5,000 penyertaan melalui jumlah keseluruhan penyertaan akan di bahagikan dengan 2 akan dapat =2500. Pemenang Hadiah Utama untuk pertandingan ini adalah nombor siri A2500
Senarai Pendek Peserta yang Layak untuk Mendapat Hadiah Bulanan – Motosikal Yamaha Y16 – dua buah untuk bulan pertama dan 3 buah motosikal Yamaha Y16 untuk bulan kedua
Bagi bulan pertama, jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 2 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadiah Bulan Pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab.
Bagi bulan kedua, jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 3 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadiah Bulan Kedua yang pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab, pemenang ketiga adalah nombor pemenang kedua ditambahkan nombor pendarab.
Senarai Pendek Peserta yang Layak untuk Mendapat Hadiah Mingguan – RM 1,000.00 x 11 pemenang untuk setiap minggu (bagi 8 minggu)
Jumlah keseluruhan penyertaan bagi seminggu akan dibahagikan dengan 11 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadian Minggu Pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab, pemenang ketiga adalah nombor pemenang kedua ditambahkan nombor pendarab, dan seterusnya
Contoh: Dengan andaian 2,000 penyertaan melalui jumlah keseluruhan penyertaan bagi seminggu akan dibahagikan dengan 11 (Nombor pendarab dalam kes ini adalah 181.82, maka nombor tersebut akan dibulatkan kepada 181) Pemenang Hadiah Mingguan adalah nombor siri A181, A362, A543, A724, A905, A1086, A1267, A1448,….. sehingga nombor terakhir A2000
Jadual tempoh peraduan
11 Mac – 17 Mac 2024
18 Mac – 24 Mac 2024
25 Mac – 31 Mac 2024
1 April– 7 April 2024
8 April – 14 April 2024
15 April – 21 April 2024
22 April – 28 April 2024
29 April – 5 Mei 2024
5.6 Setelah Penyertaan disahkan, pemenang-pemenang dari senarai pendek peserta yang layak akan dimaklumkan dan dihubungi untuk menjawab soalan Peraduan yang akan dikemukakan oleh Pihak Penganjur. Pemenang-pemenang yang disenarai pendek mesti membalas dan menjawab soalan Peraduan dengan betul dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur untuk layak memenangi hadiah. Kegagalan menjawab dengan betul atau dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan pemenang kehilangan kelayakan memenangi hadiah tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab atau alasan.
6. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN
6.1 Publisiti: Pihak Penganjur berhak untuk menyiarkan atau menggunakan penyertaan peserta tanpa terhad kepada nama, gambar, kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan oleh para pemenang bagi tujuan pengiklanan, perdagangan dan publisiti yang difikirkan sesuai tanpa sebarang notis dan persetujuan daripada pemenang terlebih dahulu. Para pemenang tidak boleh menuntut terhadap Pihak Penganjur untuk bayaran royalti atau pampasan atau pembayaran lain. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali.
6.2 Tuntutan Hadiah
6.2.1 Tuntutan Hadiah
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pertikaian/tuntutan yang timbul daripada kegagalan Pemenang untuk membalas dalam masa yang ditetapkan dan/atau memberikan resit asal dan sebarang butiran lain atas permintaan. Hadiah Mingguan akan dikreditkan ke akaun bank Pemenang masing-masing dalam tempoh 12 hingga 14 minggu selepas Tempoh Peraduan. Pengesahan dan resit hadiah wang tunai yang dikreditkan ke akaun Pemenang masing-masing akan diberikan dan dilampirkan melalui WhatsApp/e-mel apabila transaksi berjaya.
6.2.2 Kegagalan untuk membalas dalam tempoh 14 hari bekerja untuk memberikan butiran yang diperlukan akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan pelucuthakan hadiah yang dimenangi.
6.2.3 Kegagalan untuk memberikan resit asal sebagai bukti pembelian atas permintaan Penganjur akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan pelucuthakan hadiah yang dimenangi.
6.2.4 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pertikaian/tuntutan yang timbul daripada kegagalan Pemenang untuk membalas dalam masa yang ditetapkan dan/atau memberikan resit asal dan sebarang butiran lain atas permintaan.
6.2.5 Pemenang-pemenang wajib menghadiri majlis penyampaian hadiah atau aktiviti-aktiviti awam tertentu yang berkaitan dengan program publisiti Peraduan ini (jika perlu). Sebarang kos tambahan lain (iaitu perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai, jika ada) yang terlibat untuk menghadiri maljis penyampain hadiah atau sebarang aktiviti yang berkaitan dengan tuntutan hadiah akan ditanggung oleh pemenan-pemenang sendiri.
6.2.6 Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh pemenang-pemenang dalam apa jua keadaan, bentuk lain atau cara lain selain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
6.2.7 Peserta-peserta yang gagal menepati dan mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat Peraduan ini akan dibatalkan penyertaannya secara automatik.
6.3 Had Liabiliti:
6.3.1 Penyertaan para peserta dalam Peraduan adalah atas risiko peserta sendiri dan Pihak Penganjur, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti kemalangan, kecelakaan, kecederaan, kerosakan, kehilangan, tuntutan atau kerugian yang dialami akibat daripada penyertaan kempen ini sebelum, semasa ataupun selepas Tempoh Peraduan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri yang dialami atau ditanggung oleh peserta yang ditimbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan perserta dalam Peraduan, dan juga penebusan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah yang dimenangi.
6.3.2 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran berkaitan dengan Peraduan ini disebabkan oleh bencana alam, peperangan, epidemik, pandemik, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan Pihak Penganjur.
6.4 Am
6.4.1 Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, para peserta bersetuju tanpa sebarang syarat menerima sepenuhnya peraturan-peraturan, terma-terma dan syarat-syarat Peraduan atau sebarang perubahan, tambahan atau pindaan terma dan syarat oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa.
6.4.2 Pihak Penganjur berhak mengubah, meminda, mengurang, memansuh atau menambah terma-terma dan syarat-syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis selanjutnya dan perubahan, tambahan atau pindaan tersebut hendaklah dipatuhi secara automatik oleh para peserta. Sekiranya berlaku sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat Peraduan ini, para peserta dengan ini bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan akan membentuk penerimaan Terma dan Syarat yang telah disemak/dipinda.
6.4.3 Pihak Penganjur atas budi bicara mutlaknya berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
6.4.4 Keputusan bagi senarai Pemenang-pemenang dalam Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif, segala rayuan tidak akan dilayan.
6.4.5 Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, para peserta bersetuju tanpa sebarang syarat menerima sepenuhnya peraturan-peraturan, terma-terma dan syarat-syarat notis privasi kami serta keputusan yang ditentukan oleh Pihak Penganjur.
6.4.6. Sekiranya terdapat percanggahan antara syarat-syarat, terma-terma dan peraturan-peraturan Peraduan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (jika ada), maka versi Bahasa Malaysia yang tertera di laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali akan diguna pakai.
6.4.7 Untuk segala pertanyaan, sila hubungi talian Peraduan di 03-6272 0303.
6.4.8 Untuk rujukan terma dan syarat penyertaan yang lengkap, sila layari laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali. Gambar hadiah yang ditunjukkan di laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali adalah untuk tujuan illustrasi sahaja dan Hadiah yang ditunjukkan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.
6.4.9 Pihak Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan terma dan syarat jika disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada peserta dalam apa cara sekalipun.
6.4.10 Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam mana-mana bahan (termasuk bahan pemasaran dan Peraduan) berhubung dengan Peraduan, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Peraduan ini dan Pihak Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada, pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik sedemikian bukan sebahagian daripada syarikat kumpulan Pihak Penganjur.
6.4.11 Ketaksahan, tindakan yang menyalahi undang-undang atau kegagalan penguatkuasaan mana-mana terma tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi kesinambungan pelaksanaan terma dan syarat Peraduan yang selainnya.
6.4.12 Terma dan syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kesemua pertikaian Terma dan syarat Peraduan perlu diselesaikan di Mahkamah-Mahkamah Malaysia.
7. Hak Harta Intelektual
7.1 Laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali dan microsite Peraduan dan apa-apa maklumat yang ada padanya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, grafik, gambar, gambar rajah, simbol, ikon, imej, muzik, kod sumber, perisian dan cap dagangan (termasuk pengumpulan, penyusunan dan penyusunan seperti maklumat), dilindungi oleh hak cipta, reka bentuk, cap dagangan dan hak harta intelek yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Pihak Penganjur, pemberi lesen atau pihak ketiga yang lain.
7.2 Kecuali jika penggunaan tersebut dibenarkan secara nyata oleh statut, peserta tidak dibenarkan untuk menyalin, menggunakan, menyesuaikan diri, mengeluarkan semula, menerbitkan, memuat naik, memuat turun, mengepos, menghantar, ulang siar, menjual, simpan dalam mana-mana sistem dapatan semula, mengubah suai, mengubah, dipamerkan di awam atau mengedarkan dalam apa cara apa-apa kandungan Peraduan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi apa-apa tujuan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Penganjur.
8. Had Liabiliti: Para Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, penyertaan peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran terma dan syarat.
9. Notis Privasi / Privacy Notice:
9.1 Dengan menyertai Peraduan, anda telah bersetuju dengan Power Root Marketing Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, anak syarikat atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak Ketiga”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan Peraduan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
By participating in the Contest, you have agreed to [Power Root Marketing Sdn. Bhd.] and any holding company, subsidiary or related company as defined in the Companies Act 2016 and service providers, agents and contractors who provide administrative and business support to us and act on our behalf (“Third Parties”) to process your personal information submitted in the Contest entry form for Contest purposes and events relating to the Contest. This includes disclosing your name to the general public if you are selected as a winner in a competition and participate in our events by publishing your name, photographs and other personal information without compensation for advertising purposes and publicity.
9.2 Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Pihak Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh Pihak Penganjur.
If you agree to share and disclose the personal information of a person to whom you intend to refer to the Organizer, you acknowledge that you have obtained consent from that individual to share and disclose his or her personal information to us and to be contacted by the Organizer.
9.3 Pada masa tertentu Pihak Penganjur mungkin melantik Pihak Ketiga untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak Ketiga adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan laman web Facebook. Alicafe
At certain times the Organizer may appoint a Third Party to process your personal information. All Third Parties are contractually bound to take reasonable steps to keep the information secure and not to use your personal information in any way other than as set forth herein and the official Facebook page of Alicafé Tongkat Ali.
9.4 Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
To the extent permissible by the applicable laws, you have the right to request, access to, request a copy, request to update or correct, your personal data that we hold.
9.5 Sila ambil perhatian bahawa Pihak Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses Penyertaan anda dalam Peraduan ini dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.
Please note that the Organizer requires your personal information to process your Entry in this Contest and without the required information, we will not be able to process your application.